NAMA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
Across
- 5. Diambil sempena nama pokok mahang.
- 6. Berasal daripada perkataan Arab iaitu "Jauhar" bermaksud batu permata yang bernilai.
- 8. Dikaitkan dengan Sungai Serak
- 9. Berasal daripada perkataan Arab, "Qadah" bermaksud gelas berkaki.
- 11. Diambil sempena perkataan "terangnya ganu" yang dikaitkan dengan pelangi.
- 12. Diambil sempena nama serangga iaitu selangur (sangur) yang banyak terdapat di sungai.
- 13. Diambil sempena nama pokok iaitu "kelam hutan" atau "gelam hutan" yang ditemukan di pesisir pantai negeri ini.
Down
- 1. Perkataan negeri berasal daripada dialek Minangkabau iaitu "nagari" yang bermaksud wilayah.
- 2. Nama pokok tempat Parameswara berehat.
- 3. Diambil sempena warna bijih timah putih berkilat.
- 4. Dikaitkan dengan "pisang saba" yang banyak ditanam di pantai Barat Sabah.
- 7. Pinang Dikaitkan dengan buah pinang yang merupakan bahan dagangan yang penting.
- 10. Berasal daripada perkataan Siam, "prow-lowy" bermaksud kelapa hanyut.