7.2 SISTEM PENTADBIRAN BARAT MEMBERIKAN KESAN TERHADAP KUASA PEMERINTAHAN DAN KEHIDUPAN MASYARAKAT TEMPATAN
Across
- 2. Tokoh SBUB yang berunding dengan Mat Salleh ialah William ______.
- 6. Penduduk di ______ menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka.
- 9. Konflik antara Dato' ______ dengan British di Pahang menjadi lebih serius selepas pembinaan balai polis di Lubuk Terua.
- 10. Pembatalan hak memungut ______ menyebabkan kuasa kewangan pembesar tempatan terjejas.
- 11. Di Sarawak, antara pembesar Melayu yang dilantik mentadbir ialah Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu ______.
- 13. British menyebelahi pembesar tempatan Dato' ______ ketika mula meluaskan kuasa di Sungai Ujong pada tahun 1874.
- 15. Kapten ______ dilantik sebagai Penolong Residen di Larut dan tindakannya mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim.
Down
- 1. Engku Besar Jeram hanya diberikan jawatan yang lebih rendah, iaitu Tok ______.
- 3. Antara cukai yang dikenakan oleh British terhadap petani di Pasir Puteh ialah cukai tanaman ______ sebanyak 5 sen sejunjung.
- 4. SBUB pernah membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah ______ dalam rundingannya dengan beliau.
- 5. Residen British pertama di Perak yang tindakannya menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesar kehilangan kuasa ialah J.W.W. ______.
- 7. British mencabar sistem perundangan berlandaskan Adat Perpatih di ______.
- 8. Pegawai Brooke yang mengenakan cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar pada tahun 1894 ialah D.J.S. ______.
- 12. Di Sabah, pentadbiran SBUB menindas masyarakat ______ dengan pelbagai cukai dan larangan membuka tanah baharu.
- 14. Pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh dipindahkan dari ______ ke Pasir Puteh.