BAHAGIAN II - TEKA SILANG KATA

123456789101112131415
Across
  1. 2. Harga saham dunia telah jatuh ketika pandemik Covid-19 yang berlaku pada awal tahun 2020. Ramai individu yang melakukan pelaburan ataupun membeli saham seperti di Amanah Saham Malaysia memperolehi ……………………… yang rendah atau tidak menguntungkan.
  2. 6. Pakej rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika tempoh pandemik covid 19 adalah bertujuan untuk mengawal ………………………ekonomi yang semakin meruncing
  3. 8. Kegiatan eksport merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting terhadap negara. Namun, aktiviti perdagangan ini terpaksa dikurangkan atau diberhentikan sementara kerana seluruh dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 , 2 tahun lalu. Hal ini telah menyebabkan imbangan dagangan Malaysia menjadi ………………………
  4. 9. Sektor ekonomi yang paling teruk terjejas semasa fasa pandemik yang lalu ialah sektor ………………………
  5. 10. zakat merupakan bantuan yang diperlukan oleh golongan tertentu terutama ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ramai individu yang hilang punca pendapatan akibat tidak boleh bekerja. Zakat ialah satu bentuk bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif yang juga dikenali sebagai bayaran………………………
  6. 14. Salah satu faktor kenaikan harga barang pada fasa pandemik mahupun endemik ini adalah kerana permintaan pasaran yang tinggi tetapi penawaran barangan yang terhad. Hal ini berlaku disebabkan oleh negara mengalami masalah kekurangan ………………………
  7. 15. Komponen dalam aliran pusingan pendapatan yang akan membantu meningkatkan semula pendapatan negara selepas berlaku ketidakstabilan ekonomi akibat Covid-19 ialah ………………………
Down
  1. 1. Dasar fiskal apakah yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang yang berterusan yang berlaku ketika pasca pandemik ini?
  2. 3. Kadar pengganguran negara yang kurang daripada 4% semasa fasa pemulihan menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia berpontesi mencapai tingkat ………………………
  3. 4. Kerajaan telah melaksanakan penawaran ……………………… iaitu tempoh masa penangguhan bayaran balik pinjaman kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19 untuk keperluan perbelanjaan sara hidup diri dan keluarga tanpa perlu risau pembayaran pinjaman bank.
  4. 5. berlakunya penularan wabak Covid-19, kerajaan telah membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara terhadap beberapa sektor terutama sektor kesihatan. Apakah jenis perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan tersebut?
  5. 7. Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan peniaga atau usahawan selepas pembukaan semula sektor ekonomi ialah dengan memberi ……………………… harga terutama dalam sektor peruncitan.
  6. 11. buruh Pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan semasa fasa pemulihan ekonomi ini seperti meluluskan kenaikan gaji minimum pekerja iaitu daripada RM1200 kepada RM1500 sebulan bermula 1 Mei. Hal ini telah mendorong kepada peningkatan pasaran ………………………
  7. 12. Kerajaan telah memberi pengecualian sewa bagi Program Perumahan Rakyat dan perumahan awam lain selama enam bulan. Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mengelakkan peningkatan taraf ……………………… rakyat di Malaysia.
  8. 13. Bank yang menjadi sumber kewangan dalam negara kepada pihak kerajaan untuk membantu memulihkan kembali keadaan ekonomi Malaysia selepas fasa pandemik pada tahun lalu ialah ………………………