Silang Kata Sejarah Set 2
Across
- 6. Pengurusan _____ pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka.
- 8. Kerajaan Demak membekalkan beras, bahan _____, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka.
- 10. Terdapat lima cara penyebaran agama _____.
- 11. Madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan _____.
- 12. Melaka menjadi tumpuan ulama dan _____.
- 17. Melaka telah menghantar utusan _____ ke Makasar.
- 19. Contoh barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah batu _____.
- 21. Apakah pekerjaan Orang Laut?
- 23. Jawatan _____ dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusasn agama Islam.
- 24. Kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu ialah _____-Pasai dan Perlak.
- 25. Faktor dalaman masalah perpaduan adalah seperti askar _____ dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka.
Down
- 1. Serangan Portugis terhadap Melaka berlaku sebanyak _____ kali.
- 2. Urusan jual beli dijalankan dalam dua bentuk, iaitu pertukaran barangan dan menggunakan _____.
- 3. Akhir sekali, Sultan Mahmud Shah berundur ke _____.
- 4. _____ milik orang Melayu dibina di Pegu dan Jawa.
- 5. Melalui hubungannya dengan Siam, Melaka memperoleh bekalan _____, beras dan bahan makanan.
- 7. Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang _____ di Alam Melayu.
- 9. Urusan perdagangan dikendalikan oleh _____.
- 13. Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pelabuhan _____.
- 14. China mengurniakan paying kuning, _____ dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka.
- 15. _____ terletak di laluan perdagangan antara China dan India.
- 16. Melaka menggunakan tentera ber_____ bagi menghadapi serangan Portugis.
- 18. _____ ialah pusat perniagaan besar yang menjual pelbagai jenis barangan tempatan dan luar.
- 20. Pelabuhan di Melaka mempunyai kemudahan tempat _____.
- 22. Terdapat _____ negara luar yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Alam Melayu.