GEOGRAFI TINGKATAN 3

12345678910111213141516171819
Across
  1. 3. Merupakan tanah yang terdapat di kawasan yang berketinggian melebihi 180 meter dari aras laut. Tumbuh-tumbuhan akan berbeza-beza mengikut ketinggian terutama selepas ketinggian melebihi 1200 meter dari aras laut.
  2. 6. Merupakan kawasan hutan ni meliputi Amerika Utara, Kanada Utara, Eropah dan Rusia. Kanopi pokok berbentuk kon untuk mengelakkan salji terkumpul di atasnya.
  3. 8. Sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan lestari.
  4. 10. Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.
  5. 13. Tanah yang terdapat di Malaysia dan Amazon (Brazil) dilitupi Hutan Hujan Tropika. Di Malaysia, terdapat pokok meranti, jelutong, cengal, merbau dan seraya manakala di Amazon, terdapat pokok wimba, Brazilian mahagoni, lapuna, ficus dan getah.
  6. 15. Jenis sumber tidak boleh dibaharui yang terdapat di sekitar Raub dan Kuala Lipis (Pahang), Bau (Sarawak) dan Rusila (Terengganu).
  7. 16. Hutan yang terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1 200 m dari aras laut. Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah berbeza mengikut ketinggian.
  8. 17. Tanih yang terdapat di kawasan hutan tundra. Merupakan tanih beku disebabkan suhu yang sejuk melampau.
  9. 18. Salah satu sumber yang terdapat di luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu, luar pesisir pantai Sabah dan Sarawak. Untuk menjana tenaga elektrik, bahan api kenderaan dan bahan bakar.
  10. 19. Merupakan senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui konvensyen tanah lembap di Iran pada tahun 1971 untuk pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya.
Down
  1. 1. Tanih yang berada di kawasan padang rumput hawa sederhana. Merupakan tanah hitam yang terdapat di kawasan padang rumput yang mengalami iklim Steppe.
  2. 2. Tanih yang berada di kawasan Gurun Panas. Bermaksud tanih kering dan tandus.
  3. 3. Merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pelacongan, pendidikan dan kewangan.
  4. 4. Hutan yang tumbuh di kawasan pantai yang berpasir. Jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan ini adalah seperti pokok ru, tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut dan pokok kelapa.
  5. 5. Merupakan usaha mengekalkan keadaan asal sumber alam semula jadi daripada musnah.
  6. 7. Berada dii kawasan Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika. Tekstur tanih yang ada pelbagai bentuk sama ada berpasir, liat atau lembap serta berwarna merah atau kuning.
  7. 9. Lapisan yang terdapat dalam hutan hujan tropika, ketinggian pokok di antara 20 hingga 40 meter dan lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan.
  8. 11. Merupakan lapisan paling atas di permukaan bumi yang terhasil daripada dua bahan, iaitu bahan organik dan bahan bukan organik.
  9. 12. Merupakan tambak yang dibina untuk menahan aliran air.
  10. 13. Kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus kepada sumber semula jadi seperti sektor pertanian, pembalakan dan perikanan.
  11. 14. kegiatan ________ ialah kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan.
  12. 17. Merupakan usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
  13. 18. Berada di kawasan Hutan Konifer. Tanih yang nipis, berasid dan beku. Contoh tumbuh-tumbuhan: Pokok pain, cedar, birch, fir dan sprus.