KESAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
Across
- 3. British bertindak menubuhkan __________ Melayu Kuala Kangsar (MCKK) bagi melatih anak bangsawan Melayu untuk berkhidmat dalam pentadbiran.
- 5. Tok Janggut, Mat Salleh dan Mat Sator merupakan antara pemimpin masyarakat tempatan yang __________ dalam pertempuran menentang British.
- 6. Keberanian dan pengorbanan pemimpin tempatan pada masa lalu telah menjadi __________ kepada para pejuang generasi seterusnya.
- 8. Peperangan di negeri __________ telah menyebabkan pentadbiran British menanggung kerugian yang sangat besar iaitu sebanyak 400 ribu paun sterling.
- 9. Kebangkitan Tok Gajah dan Dato' Bahaman menyebabkan British terpaksa menanggung hutang peperangan yang banyak di negeri __________.
- 13. Kesan jangka panjang penentangan masyarakat tempatan ini adalah ia menyemarakkan lagi semangat bangsa untuk menuntut __________ negara.
- 14. Sebagai langkah berhati-hati, British memastikan pegawai yang dilantik perlu tahu adat resam dan fasih berbahasa __________.
Down
- 1. Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan Pandak Indut dijatuhi hukuman __________ sampai mati atas tindakan mereka menentang British.
- 2. Raja Ismail, iaitu salah seorang tokoh yang menentang campur tangan British di Perak telah dibuang negeri ke __________.
- 4. Antara kesan paling nyata kepada pemimpin tempatan yang menentang British ialah mereka kehilangan kuasa dan __________.
- 7. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dari Perak telah dibuang negeri ke Kepulauan __________.
- 8. Perang Naning telah menyebabkan British kerugian sebanyak 100 ribu __________ sterling.
- 10. Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu yang ditubuhkan oleh British bagi memberi peluang sultan membincangkan hal ehwal pentadbiran.
- 11. Pemimpin kebangkitan rakyat di Terengganu, Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya telah ditangkap dan dibuang negeri ke __________.
- 12. Selepas Dol Said berjaya ditewaskan, wilayah Naning telah disatukan di bawah pentadbiran British di __________.