KGRP MERDEKA DAY
Across
- 4. Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu?
- 6. Bilangan warna pada Jalur Gemilang.
- 8. Kedudukan Malaysia terletak berhampiran garisan ________.
- 10. Anak bulan pada Jalur Gemilang melambangkan agama _____ sebagai agama persekutuan.
- 11. Keluarga ______ pernah memerintah Sarawak selama tiga generasi.
- 14. Melaka kaya dengan sejarah peninggalan Portugis dan?
- 15. Haiwan yang digunakan sebagai simbol diplomasi Malaysia dan Cina.
- 17. Bunga kebangsaan Malaysia.
- 19. Harimau _______ merupakan haiwan kebangsaan Malaysia.
- 20. Lengkapkan slogan Pahlawan Rentap 'Agi Idup Agi _______'.
- 21. Salah satu warna di dalam Jalur Gemilang.
- 22. Peristiwa Balai Polis Bukit ________ adalah serangan komunis semasa darurat di Tanah Melayu.
- 23. Kemerdekaan Malaysia telah diisytiharkan di Stadium ________.
- 24. Moto pada Jata Negara '_____ bertambah mutu'.
- 27. Negeri Sembilan Darul ______.
- 29. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang ke ______.
- 30. Huruf Rumi & ______ ada dalam Jata Negara.
- 31. Gua batu kapur yang terbesar dan tertua di Malaysia.
- 32. Gagasan 2023 adalah Malaysia _________.
- 34. Laungan pengisytiharan Merdeka adalah sebanyak ________ kali.
- 36. Negeri terkecil di Malaysia.
- 38. Tentera ______ mula mendarat pertama kalinya di Kota Bharu.
Down
- 1. Peristiwa 13 ____ adalah insiden rusuhan kaum di Kuala Lumpur.
- 2. Gelaran kepada ayah Mat Kilau adalah Tok ______.
- 3. Singapura pernah menyertai Malaysia selama _____ tahun.
- 5. Bilangan Raja-Raja Melayu.
- 7. Empat buah negeri yang tidak beraja adalah Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan?
- 9. Abdul Rahman Limbong merupakan pejuang Negeri ______.
- 12. Bandar Diraja Pahang.
- 13. Sarawak Bumi ________.
- 15. Lagu Negaraku diinspirasikan daripada lagu kebesaran negeri _______.
- 16. Mat Kilau merupakan pahlawan Negeri _________.
- 18. Nama pencipta Bendera Malaysia _______ bin Hamzah.
- 21. Kesultanan tertua di Semenanjung Tanah Melayu.
- 23. Nama angkasawan pertama negara Malaysia adalah Sheikh _______.
- 25. Sambutan Kemerdekaan 2023 adalah yang ke enam puluh _______.
- 26. Haiwan yang melambangkan Negeri Kelantan.
- 28. Nama pencipta lagu Negaraku ialah Encik _____ Bahri.
- 33. Hari Malaysia disambut pada bulan?
- 35. Taman Negara Gunung Mulu merupakan Tapak Warisan ________.
- 37. Negeri kedua terbesar di Malaysia.