KUIZ SAINS TING.4 BAB 10
Across
- 4. Bahan _____ adalah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.
- 6. Ubat dihasilkan daripada dua sumber iaitu ubat ______ (buatan manusia/moden) atau dari bahan semula jadi.
- 7. ______ awal seperti wajah berkedut dan rambut beruban adalah kesan daripada radikal bebas.
- 9. Vitamin C yang dikenali sebagai asid _____ terdapat dalam buah-buahan sitrus, strawberi, sayuran dan bijirin.
- 10. Perubatan komplimentari melibatkan amalan penggunaan produk semula jadi serta _____ badan dan minda.
- 15. Ubat ialah ______ atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit.
- 16. ______ adalah bahan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan seperti betik,aprikot dan tomato.
- 18. Ubat yang diberikan berdasarkan gejala atau dimaklumkan pesakit adalah ______.
- 19. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli adalah contoh bahan _____ untuk kesihatan mata.
- 21. ______ adalah salah satu ubat tradisional yang digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria.
- 22. Pengoksidaan makanan boleh ______ dengan mencampurkan makanan dengan bahan antioksidan seperti jus limau.
- 23. Bahan ______ ialah sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.
- 24. Faktor dalaman seperti _____ dan metabolisme serta faktor luaran seperti asap rokok dan pencemaran udara adalah penyebab berlakunya penghasilan radikal bebas.
Down
- 1. Tiga jenis perubatan terdiri daripada Perubatan Tradisional, Moden dan _____.
- 2. Perubatan Tradisional menggunakan bahan semula jadi, haiwan dan _____.
- 3. Proses ______ sel berlaku secara semula jadi di dalam badan menghasilkan radikal bebas.
- 5. Alfa- _____ iaitu Vitamin E boleh didapati dalam pelbagai minyak seperti minyak kelapa sawit, jagung serta mangga dan kekacang..
- 8. Atom atau molekul ysng kekurangan 1 elektron dikenali sebagai _____.
- 11. ______ berfungsi untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit.
- 12. Beta _____ ditemui dalam makanan berwarna merah, kuning atau jingga seperti lobak merah, mangga, ubi keledek.
- 13. Produk _____ boleh didapati dalam bentuk pil, serbuk ataupun losyen.
- 14. Bahan _____ terbentuk apabila radikal bebas merosakkan DNA kita dengan mengambil elektron daripada molekul yang membina DNA.
- 17. Ubat moden dihasilkan dengan mensintesis sebatian _____ yang mempunyai struktur molekul yang sama atau hampir sama dengan molekul bahan aktif dari ubat tradisional.
- 20. Tiga bahagian utama perubatan moden adalah pembedahan dalam rawatan, Penyelidikan klinikal dan _____ klinikal.