PENGENALAN KEPADA AQIDAH ISLAMIYYAH
Across
- 3. "Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah yang ada pada bumi ini dan segala yang ada padanya?" Kalau kamu mengetahui. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan _______". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu berfikir (dan insaf)?" (Surah Al-Mukminun, ayat 84-85)
- 4. “Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami _______ kepada Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman. Mereka hanya _______ Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka itu menipu diri sendiri, padahal mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah, ayat 8-9)
- 6. Pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan.
- 8. "Hanya pada-Mu kami _______ dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan." (Surah Al-Fatihah, ayat 4)
- 9. Tauhid Rububiyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau seorang kafir, kecuali golongan _______ yang tidak percaya adanya Tuhan.
- 12. Para Ulama’ membahagikan Tauhid kepada tiga kategori iaitu Tauhid ________, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid al Asma wa as Sifat.
- 13. “Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang _______”(Surah Al-Maidah, ayat 47)
- 14. Aqidah islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang lain adalah palsu dan _______.
- 16. _______ pada umumnya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan keluar dari jalan yang dibenarkan.
- 18. "Tidak ada _______ di dalam (memeluk) agama (Islam). Kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan (Kufur). Oleh itu, barangsiapa yang engkar kepada _______, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 256)
- 19. Beri'tikad, percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.
Down
- 1. Tauhid _______ yang juga dipanggil tauhid ibadah/ubudiah ialah mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah SWT sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutui-Nya dengan sesuatu.
- 2. "Katakanlah (Wahai Muhammad), Allah Tuhan yang Maha Esa, Tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak an tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya." (Surah ________, ayat 1-4)
- 5. Bapa Munafiq pada zaman Rasulullah SAW.
- 7. Kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan.
- 8. Mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya)ataupun sifat rububiyyahnya (menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam).
- 10. Beriman kepada Allah SWT, para Malaikat, kitab-kitab, para Rasul AS, hari Kiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.
- 11. Iman ialah _______ dengan hati, dan dizahirkan dengan lisan dan _______.
- 15. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak _______ dan mereka berjihad dengan harta dan _______ mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar” (Surah Al-Hujurat, ayat 15)
- 17. Kalimah mengandungi konsep nafi, manakala kalimah mengandungi konsep ________.