PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA JOM UJI MINDA
Across
- 1. Kuasa luar pertama yang mula bertapak di Tanah Melayu dan memulakan era penjajahan di Melaka
- 5. Maksud bagi warna biru tua yang terdapat pada bendera Negara kita?
- 6. Gelaran yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia ke - 6, atas kejayaan beliau menerajui pelbagai agenda transformasi di Malaysia. Bapa ______
- 8. Nama kereta jenama Malaysia pertama, iaitu Proton yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1985.
- 11. Lagu ‘Negaraku’ berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu. Apakah tajuk lagu tersebut?
- 12. Pelabuhan terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di dunia dari segi bilangan kapal yang berlabuh setiap tahun
- 13. Bendera British telah diturunkan jam 12 malam pada 31 Ogos 1957. Di manakah peristiwa penurunan bendera tersebut berlaku?
- 14. Persatuan yang melibatkan negara-negara berdaulat yang memperoleh kemerdekaan oleh British atau pernah dijajah oleh pihak British
Down
- 2. Seorang tokoh yang pernah berjuang bersama-sama dengan Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela dalam menentang penjajah Inggeris.
- 3. Seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British dan beliau dihukum gantung kerana telah membunuh salah seorang Gabenor British di Sarawak
- 4. Bendera yang diturunkan semasa detik pengumuman kemerdekaan 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman
- 5. Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu. Apakah nama perjanjian tersebut?
- 6. Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
- 7. Tujuan pembinannya adalah untuk memperingati pejuang-pejuang yang gugur semasa mempertahankan negara kita
- 9. Perdana Menteri Malaysia ke-10
- 10. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga perpaduan dan setiap kelopaknya melambangkan pecahan prinsip Rukun Negara