PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA MATEMATIK

12345678910111213141516171819
Across
  1. 2. nilai pembolehubah yang memuaskan suatu pesamaan kuadratik.
  2. 3. _____________ pernyataan p ditulis sebagai ~p.
  3. 4. dalam suatu rangkaian, graf boleh dilukis bagi jumlah darjahnya _____________.
  4. 7. hitung beza 421(asas 6) - 405 (asas 6).
  5. 8. antara digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, digit manakah yag tidak digunakan dalam asas tujuh.
  6. 9. cari bilangan elemen bagi persatuan antara "b,u,k,u" dan "p,e,n".
  7. 10. ______________ ialah sebahagian atau keseluruhan graf yang dilukis semula.
  8. 11. keadaan pegun ialah keadaan objek yang tidak bergerak. Oleh itu kelajuan objek ialah _____________.
  9. 12. titik tertinggi bagi suatu graf fungsi kuadratik.
  10. 15. _____________ ialah garis yang mengaitkan dua bucu.
  11. 16. satu titik yang sentiasa bergerak dengan jarak yang sama dari suatu titik tetap menghasilkan suatu _______________.
  12. 19. Nyatakan mod bagi set data " kopi, teh, kopi, teh, kopi, susu, teh, susu, kopi".
Down
  1. 1. ___________ ialah cerapan terbesar - cerapan terkecil.
  2. 2. ayat yang dapat ditentukan nilai kebenaran dikenali sebagai _________________.
  3. 3. bentuk graf fungsi kuadratik
  4. 5. bina satu pernyataan majmuk yang benar bagi pernyataaan berikut: 91 ialah gandaan 9 _________ 81 ialah gandaan 9.
  5. 6. tentukan nilai kebenaran pernyataan ini. " sebilangan nombor kuasa dua sempurna ialah nombor bulat."
  6. 8. Encik Badrul menyimpan sebanyak RM 5000 di bank dengan kadar faedah 3% setahun bagi 2 tahun. Hitung jumlah faedah yang akan diperoleh Encik Badrul bagi tempoh 2 tahun tersebut. (tulis dalam perkataan)
  7. 11. sebuah peta dilukis dengan skala 1: 300000. Hitung jarak sebenar dalam km, sebatang sungai yang panjangnya 3cm pada peta tersebut.
  8. 13. Terdapat dua jenis hubungan yang menghasilkan fungsi iaitu hubungan satu kepada satu dan hubungan banyak kepada _____________.
  9. 14. Perubahan jarak bahagi perubahan masa = ________________.
  10. 15. Faktor sepunya terbesar bagi 3x+15 ialah ___________.
  11. 17. tukarkan nilai 11 (asas 7) kepada asas 10
  12. 18. dapatkan persilangan antara perkataan "matriks" dan "insurans". (susun ikut turutan huruf)
  13. 19. __________ ialah satu kemudahan penangguhan bayaran yang diberikan oleh pembekal kepada pengguna.