RBT TINGKATAN 1 SEMUA BAB
Across
- 4. Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih daripada satu permukaan.
- 6. Aktiviti yang dilakukan sebelum sesuatu projek dilaksanakan.
- 7. Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.
- 9. Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
- 10. Prinsip reka bentuk yang menunjukkan keseimbangan antara dua bahagian.
- 13. Pengubahsuaian terhadap produk yang sedia ada supaya menjadi lebih baik.
- 14. Ciri reka bentuk yang mengambil kira keselesaan manusia.
- 18. Prinsip reka bentuk yang menimbulkan keadaan aman dan damai.
- 19. Keupayaan menghasilkan idea yang baharu dan bernilai.
- 20. Prinsip reka bentuk yang melibatkan penyusunan semula objek secara berulang dari segi saiz dan bentuk.
Down
- 1. Prinsip reka bentuk yang menunjukkan perbezaan ketara pada tekstur, kedudukan, warna, saiz dan bentuk.
- 2. Prinsip reka bentuk yang mengolah idea kompleks kepada bentuk visual yang lebih ringkas.
- 3. Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih jelas.
- 5. Elemen yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan.
- 8. Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.
- 11. Kaedah dan proses menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.
- 12. Prinsip reka bentuk yang menggunakan pelbagai elemen untuk menghasilkan reka bentuk yang menarik.
- 15. Prinsip reka bentuk yang menunjukkan gabungan elemen sehingga menghasilkan satu reka bentuk yang lengkap.
- 16. Elemen yang terbentuk daripada cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.
- 17. Aktiviti menyusun dan menetapkan masa bagi melaksanakan sesuatu projek.