Semak cepat - T5 B6 Elektrokimia

12345678910111213141516171819202122232425
Across
  1. 3. kayu uji bernyala menyebabkan gas meletup dengan bunyi "pop" menunjukkan kehadiran gas _____.
  2. 6. faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod bagi elektrolisis larutan akueus ialah kedudukan ion dalam ____________.
  3. 8. sel yang mengalirkan arus elektrik melalui suatu elektrolit untuk menghasilkan tindak balas kimia.
  4. 11. bahan pencemar dalam air sisa bergabung dengan ion aluminium dan ion hidroksida untuk membentuk gumpalan bernama ______ semasa pengolahan air sisa.
  5. 13. proses penguraian sesuatu sebatian dalam keadaan leburan / larutan akueus kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
  6. 15. elektrod yang disambung pada terminal negatif sumber elektrik.
  7. 16. aplikasi elektrolisis seperti ____________ logam dapat menjadikan sesuatu logam kelihatan lebih menarik dan tahan kakisan.
  8. 18. air kapur menjadi keruh menunjukkan kehadiran gas _______.
  9. 20. ujian kertas litmus biru lembap berubah menjadi merah, menunjukkan gas bersifat ____.
  10. 22. aplikasi elektrolisis seperti ______________ digunakan untuk merawat air sisa melalui proses elektrolisis dan penggumpalan.
  11. 24. sejenis leburan / larutan akueus yang mengandungi ion bercas positif dan ion bercas negatif.
  12. 25. kajian bidang kimia tentang hubung kait antara elektrik dan kimia.
Down
  1. 1. elektrod yang disambung pada terminal positif sumber elektrik.
  2. 2. apabila ion negatif dinyahcas, ion akan ______ elektron, menjadi neutral dan membentuk atom / molekul.
  3. 4. faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod bagi elektrolisis larutan akueus ialah ________ elektrod.
  4. 5. sel yang menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas kimia.
  5. 7. apabila ion positif dinyahcas, ion akan ______ elektron, menjadi neutral dan membentuk atom / molekul.
  6. 9. faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod bagi elektrolisis larutan akueus ialah ________ elektrolit.
  7. 10. ion bercas positif dalam elektrolit.
  8. 12. aplikasi elektrolisis seperti ____________ logam akan menjadikan logam tak tulen sebagai anod, logam tulen sebagai katod.
  9. 14. ujian kertas litmus merah lembap berubah menjadi biru, menunjukkan gas bersifat ____ .
  10. 16. aplikasi elektrolisis seperti _____________ logam dapat mengeluarkan logam tulen seperti kalium, natrium, kalsium, magnesium dan aluminium daripada bijihnya atau garamnya.
  11. 17. kayu uji berbara bernyala semula menunjukkan kehadiran gas _____.
  12. 19. ion bercas negatif dalam elektrolit.
  13. 21. konduktor elektrik yang disambungkan pada bateri dan membolehkan arus elektrik masuk atau keluar elektrolit semasa proses elektrolisis.
  14. 23. bateri ialah satu sumber __________.