TEKA SILANG KATA 'WORLD MENTAL HEALTH DAY' HOSPITAL SERDANG 2022
Across
- 5. sebenarnya tiada kesihatan tanpa kesihatan _____ (no health without ____ health!)
- 6. Pegawai ____ klinikal boleh menjalankan pelbagai penilaian psikologi dan memberi terapi psikologi tapi tidak boleh mempreskripsi ubat kepada anda.
- 7. golongan ini lebih ramai mengalami kemurungan dan keresahan
- 8. kesihatan mental yang baik bermakna anda boleh mengendalikan ____ yang normal dan seterusnya berfungsi dengan produktif dalam apa yang anda lakukan untuk menyumbang dalam kehidupan.
- 10. Seseorang yang mengalami penyakit ____ mempunyai kesedihan melampau dan berpanjangan sehingga menjejaskan selera, tidur, fokus, tenaga dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
- 11. penyakit ini sering menyerang orang tua, tapi orang muda pun boleh mengalaminya
Down
- 1. 'pandangan serong' yang perlu dielakkan terhadap kesihatan mental kerana ia boleh menghalang seseorang mendapatkan rawatan sewajarnya
- 2. Pegawai ____ membantu anda dalam sesi kaunseling dengan mendengar dan bekerjasama menangani isu kesihatan mental.
- 3. apabila seseorang meluahkan perasaan kepada anda, apa yang mula-mula sekali anda perlu lakukan? Mendengar atau menasihat?
- 4. Seseorang yang mengalami penyakit _____ merasa sukar tenang, terlalu banyak berfikir mengenai perkara yang belum berlaku, sering berdebar-debar dan sukar tidur malam.
- 6. Pakar _____ membantu anda dalam membuat diagnosis dan merawat pelbagai isu kesihatan mental secara komprehensif dengan terapi psikologi dan ubat jika perlu
- 9. satu faktor yang sangat penting dalam pemulihan isu kesihatan mental
- 12. anda perlu melakukannya 7-9 jam sehari sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat untuk kesihatan mental yang baik