Tutorial Ergonomic Latest
Across
- 3. Cecair pembasmi kuman (hand rub) untuk membersihkan tangan adalah berasaskan bahan _____.
- 5. Bidang sains yang mengkaji hubungan manusia dengan persekitaran kerja dan tugas yang dilakukan.
- 7. Sarung tangan jenis _____ diguna pakai untuk mencegah pencemaran bakteria semasa prosedur pembedahan atau invasif.
- 8. Kecederaan akibat cucukan _____ yang telah digunakan boleh membawa risiko jangkitan HIV dan Hepatitis.
- 11. Pergerakan putaran setempat 90 darjah dengan hanya menggunakan bebola kaki semasa memindahkan pesakit disebut sebagai kaedah _____.
- 12. Respirator _____ digunakan secara khusus bagi menapis peratusan tinggi zarah halus bawaan udara.
- 15. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 5 detik penting (5 moments) dalam usaha menjaga kebersihan _____ petugas perubatan.
- 16. Mekanik badan diaplikasikan supaya tubuh dapat mengekalkan postur dan _____ semasa melakukan apa-apa tugasan fizikal.
Down
- 1. Posisi pesakit berbaring mengiring ke sebelah kiri atau kanan dengan meletakkan kaki di hadapan dipanggil kedudukan _____.
- 2. Membuka dan menstabilkan kedua-dua tapak kaki supaya tidak terlalu rapat berfungsi untuk meluaskan kawasan _____.
- 4. Jururawat dinasihatkan supaya menggunakan kumpulan _____ yang besar di bahagian paha atau punggung untuk menampung bebanan kerja fizikal.
- 6. Titik keseimbangan badan di mana berat badan dianggap tertumpu dikenali sebagai pusat _____.
- 7. Baringan lurus terlentang tanpa sebarang bantal bagi merawat pesakit yang mempunyai kecederaan tulang belakang adalah posisi _____.
- 9. Tindakan mengibas kainan cadar secara semberono akan menyebabkan risiko tersebarnya habuk dan _____ ke merata tempat.
- 10. Posisi _____ merujuk kepada pesakit yang berbaring meniarap di atas abdomen dan dada mereka.
- 13. Peralatan kayu atau plastik bersaiz kecil bagi merapatkan jurang di antara dua permukaan seperti katil dan kerusi roda ialah _____ board.
- 14. Risiko petugas tergelincir di hospital dapat dicegah dengan menggunakan papan tanda _____ lantai basah di laluan pejalan kaki.