ULANGKAJI ISTILAH TEMA 2 TASAWWUR ISLAM SPM

123456789101112131415161718192021222324252627282930313233
Across
  1. 2. Alam pemisah antara alam dunia dan alam akhirat, tempat persinggahan sementara menunggu hari kiamat selepas mati. Terdapat soalan Munkar dan Nakir serta nikmat dan seksaan kubur
  2. 5. Menuduh orang baik berzina tanpa 4 orang saksi
  3. 7. Alam yang dirahsiakan oleh Allah SWT, manusia mengakui keesaan Allah SWT
  4. 10. Harta yang wajib diberikan kepada waris mangsa bunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
  5. 12. Kalam Allah SWT kepada nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril a.s atau secara terus daripada Allah SWT
  6. 16. Alam yang kekal abadi setelah kiamat, manusia dibalas amalannya. Terdapat serahan buku amalan, timbangan (al-Mizan), titian sirat, syurga dan neraka
  7. 19. Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam pelbagai aspek kehidupan manusia merangkumi akidah, ibadat, akhlak, munakahat, muamalat dan jenayah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
  8. 20. Peringkat kandungan dilahirkan ke dunia
  9. 25. Masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, rohani dan kebendaan
  10. 27. Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
  11. 29. Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak, wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia yang dizalimi secara fizikal.
  12. 30. Menegah kejahatan
  13. 31. Usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu dalam agama Islam melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah
  14. 32. Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
Down
  1. 1. Percantuman sperma dan ovum
  2. 3. Menyuruh kepada kebaikan
  3. 4. Daging membaluti tulang membentuk lembaga manusia yang sempurna
  4. 6. Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk memutuskannya.
  5. 8. Manusia wajib mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
  6. 9. Keluar dari agama Islam sama ada perbuatan, perkataan dan iktikad
  7. 11. Alam manusia di dalam kandungan ibu, ditiupkan roh serta ditetapkan ajal, rezeki dan amalannya
  8. 13. Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syarak.
  9. 14. Peringkat di mana kandungan ditiupkan roh
  10. 15. Manusia wajib mentadbir . memakmurkan bumi mengikut kehendak syariat.
  11. 17. Tingkahlaku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang mulia
  12. 18. Alaqah yang menjadi seketul daging
  13. 21. Perbuatan menyekutukan Allah SWT melalui perbuatan, perkataan atau iktikad.
  14. 22. Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak, wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT.
  15. 23. Percantuman nutfah yang menjadi segumpal darah
  16. 24. Makhluk ciptaan Allah SWT yang diberikan akal dan ditugaskan untuk beribadat kepada-Nya dan memakmurkan alam.
  17. 26. Keupayaan berfikir yang dikurniakan Allah kepada manusia
  18. 28. Prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan manusia
  19. 33. Alam nyata yang didiami manusia untuk beribadah, menjadi khalifah dan diuji