ULANGKAJI ISTILAH TEMA 2 TASAWWUR ISLAM SPM

12345678910111213141516171819202122232425262728293031
Across
  1. 5. Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
  2. 7. Alam yang kekal abadi setelah kiamat, manusia dibalas amalannya. Terdapat serahan buku amalan, timbangan (al-Mizan), titian sirat, syurga dan neraka
  3. 9. Keupayaan berfikir yang dikurniakan Allah kepada manusia
  4. 10. Percantuman sperma dan ovum
  5. 12. Alam nyata yang didiami manusia untuk beribadah, menjadi khalifah dan diuji
  6. 14. Usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baharu dalam agama Islam melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah
  7. 15. Peringkat kandungan dilahirkan ke dunia
  8. 18. Manusia wajib mentadbir . memakmurkan bumi mengikut kehendak syariat.
  9. 20. Manusia wajib mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dengan mematuhi segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
  10. 24. Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak, wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia yang dizalimi secara fizikal.
  11. 25. Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
  12. 26. Alam yang dirahsiakan oleh Allah SWT, manusia mengakui keesaan Allah SWT
  13. 29. Harta yang wajib diberikan kepada waris mangsa bunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
  14. 30. Menyuruh kepada kebaikan
  15. 31. Prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan manusia
Down
  1. 1. Makhluk ciptaan Allah SWT yang diberikan akal dan ditugaskan untuk beribadat kepada-Nya dan memakmurkan alam.
  2. 2. Peringkat di mana kandungan ditiupkan roh
  3. 3. Masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, rohani dan kebendaan
  4. 4. Daging membaluti tulang membentuk lembaga manusia yang sempurna
  5. 6. Kalam Allah SWT kepada nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril a.s atau secara terus daripada Allah SWT
  6. 8. Tingkahlaku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang mulia
  7. 11. Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk memutuskannya.
  8. 13. Menegah kejahatan
  9. 16. Alaqah yang menjadi seketul daging
  10. 17. Perbuatan menyekutukan Allah SWT melalui perbuatan, perkataan atau iktikad.
  11. 19. Alam pemisah antara alam dunia dan alam akhirat, tempat persinggahan sementara menunggu hari kiamat selepas mati. Terdapat soalan Munkar dan Nakir serta nikmat dan seksaan kubur
  12. 21. Alam manusia di dalam kandungan ibu, ditiupkan roh serta ditetapkan ajal, rezeki dan amalannya
  13. 22. Keluar dari agama Islam sama ada perbuatan, perkataan dan iktikad
  14. 23. Menuduh orang baik berzina tanpa 4 orang saksi
  15. 26. Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syarak.
  16. 27. Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak, wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT.
  17. 28. Percantuman nutfah yang menjadi segumpal darah