Across
- 2. Dato’ Bahaman menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan __________ tanpa pengetahuannya.
- 5. Kubu Mat Salleh di Tambunan yang diserang SBUB secara besar-besaran dan mengakibatkan kematian beliau.
- 7. Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan bagi tujuan __________ serangan British.
- 8. Yamtuan Antah memimpin 4000 pengikutnya menentang __________ yang disokong oleh pasukan tentera British.
- 11. Pemimpin Kadazandusun di Tambunan, Sabah.
- 12. Tempat rundingan Cowie dengan Mat Salleh yang membenarkan beliau mentadbir daerah Tambunan.
- 16. Tanda Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan Terengganu.
- 18. Tempat yang dikenakan cukai hasil tahunan 1/10 oleh British.
- 19. Dilantik sebagai pembesar Temerloh selepas kematian Orang Kaya Indera Segara.
- 22. Pahlawan Sabah berketurunan Bajau dan Suluk.
- 23. Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir pasir Salak.
- 24. Nama sebenar pahlawan Melayu yang menentang British di Negeri Sembilan.
- 25. Kawasan yang berjaya ditawan Mat Sator dan pengikutnya selepas pengunduran mereka di Sungai Sunsuron.
- 28. Tempat pengunduran Rentap beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia.
- 29. Tokoh dalam kalangan pemimpin agama di Terengganu memperjuangkan Masyarakat tani yang ditindas akibat pelaksanaan cukai Barat yang tidak mengikut __________ .
- 30. Sharif Masahor mengajak orang Melayu dan Dayak untuk menentang British di __________ .
- 32. Rentetan dari Kebangkitan Tani pada tahun 1928 menyebabkan Abdul Rahman Limbong dituduh sebagai __________ dan dibuang negeri ke Makkah.
- 34. Pusat pentadbiran Naning yang berjaya dikuasai British dalam Perang Naning Kedua.
- 35. Dato’ Maharaja Lela menentang British yang mengambil hak mengutip cukai, melanggar adat resam Melayu dan merampas kuasa __________ .
- 36. Tok Janggut menentang peraturan __________ yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah.
- 37. Penempatan kubu Mat Salleh selepas menyerang Pulau Gaya.
- 38. Pusat pentadbiran British yang diserang Mat Salleh pada bulan Julai 1897.
- 40. Tunku Antah iaitu anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana pihak British telah menggugat __________ bangsa.
Down
- 1. Haji Hassan bin Munas yang mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.
- 3. Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang menyebabkan pembesar tempatan kehilangan __________ untuk memungut cukai.
- 4. Bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu untuk menentang British.
- 6. Ketua Gerakan Kbangkitan Tani di Terengganu.
- 9. Pegawai James Brooke yang terkorban dalam serangan Rentap terhadap kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853.
- 10. Golongan bangsawan, pembesar-pembesar tempatan dan pemimpin agama yang tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang dilakukan oleh British telah nekad untuk melancarkan peperangan secara __________ .
- 13. Pada tahun 1832, __________ dan pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said dalam Perang Naning Kedua.
- 14. Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.
- 15. Pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang.
- 17. Dato’ Bahaman melancarkan gerakan menentang British dengan __________ Tok Janggut dan Mat Kilau pada tahun 1891.
- 20. Mat Sator meneruskan __________ selepas kematian Mat Salleh pada tahun 1900.
- 21. Pertuduhan James Brooke terhadap Rentap dalam usahanya menghapuskan petempatan orang Iban.
- 26. Imam Perang Rasul.
- 27. Kubu Rentap yang digempur oleh James Brooke sebanyak tiga kali.
- 31. Kampung Dalam Pupuh Saring ialah __________ pertempuran yang menyebabkan Tok Janggut terkorban akibat serangan British.
- 33. Haji Abdul Rahman Limbong menentang undang-undang __________ yang diperkenalkan oleh British yang melanggar hukum syarak.
- 38. Serangan terhadap British dari arah timur Kuching oleh Datu Patinggi Abdul Gapur dan dari arah barat oleh Sharif Masahor telah dipatahkan oleh British dengan kelengkapan senjata moden dan kapal __________ .
- 39. Nama asal Rentap.