Across
- 4. Badan pentadbiran apakah yang ditubuhkan semasa rusuhan kaum pada tahun 1969, iaitu pada Peristiwa 13 Mei.
- 6. Pada tahun 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu. Apakah nama perjanjian tersebut? Perjanjian _____
- 11. Menara Berkembar Petronas ini dibina di atas tapak lumba _____ Kuala Lumpur.
- 12. Apakah pekerjaan individu yang mereka bendera kebangsaan kita?
- 14. Keris apakah yang dipegang oleh Tunku Abdul Rahman di tangan kanannya ketika berada di panggung di Dataran Merdeka?
- 16. Suruhanjaya manakah yang bertanggungjawab merangka perlembagaan Malaysia? Suruhanjaya ______
- 18. Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai 'Jalur Gemilang'? Mohamed ______
- 19. Lagu 'Negaraku' berasal dari Kebesaran Negeri Perak yang bertajuk... _____ Bulan
- 20. Gelaran yang diberikan kepada Perdana Menteri yang ke-6.
Down
- 1. Siapakah penggubah lagu kebangsaan 'Negaraku'? ________ de Beranger
- 2. Apakah barang pertama yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman untuk membiayai tiket pesawatnya ke London?
- 3. Dalam upacara sambutan Chap Goh Mei, terdapat satu amalan iaitu melontar _____ ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Apakah yang dilontarnya?
- 5. Bulatan Jalan Raya terbesar di dunia terletak di Malaysia. Di manakah bulatan Jalan Raya tersebut?
- 7. Dalam acara apakah yang membawa pingat pertama untuk Malaysia di Sukan Olimpik berjaya diraih di temasya Barcelona 1992?
- 8. Di negeri manakah bendera Union Jack diturunkan ketika berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu?
- 9. Apakah gelaran yang diberikan kepada Perdana Menteri yang mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai 'Jalur Gemilang' pada tahun 1997?
- 10. Bangunan apakah yang dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor?
- 13. Negeri manakah yang mempunyai jambatan gantung terbesar di dunia?
- 15. Apakah etnik majoriti yang terdapat di daerah Sipitang, Sabah?
- 17. Siapakah yang memluluskan reka bentuk bendera Malaysia? King ______ VI
