Across
- 2. – Apabila faktor ini meningkat, zarah-zarah udara bergerak lebih cepat dan tekanan udara bertambah.
- 4. – Objek yang mengembang apabila ditiup disebabkan oleh tekanan udara di dalamnya.
- 6. – Faktor yang mempengaruhi tekanan udara selain daripada suhu.
- 7. – Contoh alat tuas kelas pertama yang digunakan untuk memegang atau memotong.
- 8. – Terletak di antara fulkrum dengan daya bagi tuas kelas kedua.
- 9. – Nama lain bagi fulkrum yang menjadi titik putaran semasa mengira momen daya.
- 11. – Alat memancing ikan yang merupakan contoh tuas kelas ketiga.
- 14. – Terletak di antara fulkrum dengan beban bagi tuas kelas ketiga.
- 15. – Alat yang digunakan untuk mengetatkan nat menggunakan konsep momen daya.
- 16. – Kenderaan yang mempunyai tayar besar dan lebar untuk mengurangkan tekanan pada tanah.
Down
- 1. – Terletak di antara beban dengan daya bagi tuas kelas pertama.
- 3. – Tolok yang digunakan untuk mengukur tekanan udara dalam bekas tertutup.
- 5. – Teori yang menyatakan bahawa molekul-molekul gas sentiasa bergerak bebas dan berlanggar.
- 7. – Unit S.I. bagi tekanan.
- 9. – Alat yang menarik cecair masuk apabila ombohnya ditarik ke atas.
- 10. – Ditakrifkan sebagai daya per unit luas permukaannya.
- 12. – Alat yang mempunyai mata nipis untuk menghasilkan tekanan yang lebih besar.
- 13. – Jenis pembersih yang menyedut habuk dengan mewujudkan kawasan bertekanan rendah.
- 15. – Tiub yang digunakan untuk mengalirkan air keluar secara berterusan dari bekas.
