Across
- 3. Mengelilingi kaabah 7 pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tetentu.
- 4. Miqat makani merujuk kepada ketentuan _____ atau sempadan tempat untuk berniat ihram.
- 6. Melontar ketiga-tiga jamrah Ketika masuk waktu melontar adalah selepas azan _______ sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
- 7. Mengunjungi Baitullah al-haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.
- 10. Haji ______ ialah mengerjakan haji dahulu, kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
- 11. Larangan ihram bagi ________ ialah menutup muka dan memakai sarung tangan.
- 12. Berada di Arafah walaupun seketika bermula dari masuk waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum masuk waktu subuh pada 10 Zulhijjah.
- 14. Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama ialah haji __________ .
- 16. Larangan ihram dari aspek ________ : Memakai pakaian berjahit / bercantum dan menutup kepala bagi lelaki.
- 17. Haji _________ ialah berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak.
Down
- 1. Bercukur ialah bergunting sekurang-kurangnya ______ helai rambut dan sunat bercukur rambut bagi lelaki.
- 2. Miqat _____ ialah ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram haji bermula dari 1 Syawal hingga masuk waktu subuh 10 Zulhijjah.
- 3. Melontar _______ anak batu di Jamrah kubra bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah.
- 4. Membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa ihram.
- 5. Bermalam (mabit) di Mina ialah berada di Mina pada malam-malam hari _______ (11 hingga 13 Zulhijjah).
- 8. Tertib ialah melakukan perbuatan mengikut _______ .
- 9. Bermalam (mabit) di Muzdalifah ialah berada di Muzdalifah selepas tengah malam _______ Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar.
- 13. Mengunjungi Baitullah al-haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.
- 15. Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah menurut syarat-syarat tertentu.
