Across
- 7. Maya mengucapkan “terima kasih” dan menghadiahkan kad kepada gurunya pada Hari Guru.
- 9. Zana menyertai perbarisan Hari Kebangsaan dan menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat.
- 11. Johan memberi salam dan mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik guru.
- 14. Murid-murid bekerja bersama-sama menghias kelas sempena Hari Kemerdekaan.
- 16. Daniel menolak ajakan rakannya untuk menipu dalam ujian demi menjaga maruah dirinya.
- 17. Sara memeluk adiknya yang menangis dan menenangkannya dengan lembut.
- 18. Rahim menerima pandangan berbeza daripada rakan sekelasnya dalam perbincangan tanpa marah.
Down
- 1. Julia berkongsi makanannya dengan rakan yang tidak membawa bekal.
- 2. Aisyah sentiasa menunaikan solat lima waktu dan membaca al-Quran setiap hari.
- 3. Zikri menyiapkan tugasan kumpulannya walaupun rakan-rakan lain tidak membantu.
- 4. Encik Ramli membenarkan anaknya memilih sendiri aktiviti kokurikulum yang diminatinya.
- 5. Amir memulangkan dompet yang ditemuinya di kantin kepada guru disiplin.
- 6. Adam menundukkan badan sedikit dan menggunakan kata-kata sopan ketika bercakap dengan cikgu.
- 8. Laila memilih untuk memakai pakaian yang ringkas dan tidak berlebihan semasa ke sekolah.
- 10. Aina memberi tempat duduknya kepada warga emas dalam bas.
- 12. Farid membantu seorang wanita tua menyeberangi jalan walaupun kereta banyak.
- 13. Haziq menyiapkan kerja sekolah dan mengemas biliknya sendiri tanpa disuruh.
- 15. Fatin membuat keputusan memilih aliran sains berdasarkan minat dan kebolehannya sendiri.
