Across
- 3. Pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 oleh Amerika Syarikat adalah di bawah pimpinan Presiden _______ S. Truman.
- 4. Nama Suruhanjaya Reid pada 1957 diambil bersempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim mahkamah Rayuan England, Lord ______ Reid.
- 5. Semenanjung tanah melayu telah dijajah oleh _______ bermula pada abad ke-18.
- 8. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang melibatkan kaum _________ dan cina.
- 9. Menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan dan mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu antara yang dipersetujui dalam Perjanjian ___________ Tanah Melayu.
- 14. Desakan kesempitan hidup telah menyebabkan pergaduhan di ________ pada tahun 2001 yang melibatkan kaum Melayu dan kaum India.
- 15. Kegagalan Rundingan Baling pada tahun 1955 adalah disebabkan oleh keengganan Parti Komunis Malaya untuk melakukan _________ senjata.
- 16. Pada 1 Mac 2020, Malaysia telah menyaksikan satu peristiwa bersejarah apabila Perdana Menteri Malaysia yang ke- 8 telah dilantik atas perkenan oleh Yang Dipertuan Agung tanpa melalui proses ___________.
- 18. Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden _________.
- 19. Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah gabungan antara empat wilayah iaitu Malaya, Sarawak, _________, dan Singapura.
- 20. Wawasan yang mengantikan Wawasan 2020 ialah Wawasan ___________ Bersama.
Down
- 1. Penubuhannya yang ditentang kerana ia mencabul kedaulatan bangsa Melayu dan rakyat di negara ini pada tahun 1946.
- 2. Pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 dilakukan oleh rakyat berwarganegara ______.
- 6. Perlembagaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai__________ Persekutuan 1948.
- 7. Sultan Johor telah memperkenalkan Perlembagaan Negeri Johor pada tahun 1895, iaitu perlembagaan pertama yang bertujuan mengisytiharkan _________ negeri.
- 10. Pada bulan Ogos 1965, _________ mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.
- 11. Pada tahun 1955, negara kita telah melalui proses pilihan raya umum yang pertama sekaligus memperkenal sistem __________.
- 12. Berikutan peristiwa rusuhan kaum tersebut, kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan ________.
- 13. Kuasa asing manakah yang paling lama bertapak di Tanah Melayu di sekitar abad ke 17?
- 17. Parameswara merupakan pengasas kepada Kesultanan Melayu ______ pada tahun 1402.
