Across
- 2. Daya graviti yang bertindak ke atas suatu objek.
- 4. Apabila sebuah planet berada dekat dengan matahari, maka laju ________ bertambah.
- 6. Konsep yang menerangkan prinsip kerja termometer? Keseimbangan _________.
- 9. Contoh gelombang membujur ialah _________.
- 11. Seorang atlet berjisim 50 kg jatuh ke atas sebuah tilam dalam suatu pertandingan lompat tinggi. Dia menghentam tilam pada halaju 10 m s-1 dan berhenti selepas 0.5 s. Apakah magnitud daya impuls dan unitnya?
- 14. Apakah yang dimaksudkan dengan halaju lepas? Halaju _________ untuk mengatasi daya graviti Bumi.
- 15. Apakah kuantiti fizik yang tidak berubah apabila suatu gelombang mengalami pembiasan?
- 16. Contoh unit imperial.
- 17. Apakah yang dimaksudkan dengan halaju? Kadar perubahan _________.
- 18. Hukum Gerakan Newton Pertama juga dikenali sebagai _________.
Down
- 1. Kelawar menggunakan gelombang ultrasonik untuk mengelakkannya berlanggar dengan sebarang objek ketika terbang. Apakah konsep fizik yang diaplikasikan oleh kelawar? __________ gelombang.
- 3. Berat Karim di Bumi ialah 800 N. Apakah yang akan berlaku kepada beratnya di bulan?
- 4. ______ adalah kuantiti terbitan.
- 5. 1.5 kg air disejukkan dari suhu 80°C sehingga 30°C. Cari jumlah tenaga haba yang hilang daripada air itu berserta unit. [Muatan haba tentu air = 4200 Jkg−1°C-1]
- 7. Proses yang melibatkan proses penyerapan haba pendam? Pendidihan dan __________.
- 8. Unit SI bagi keamatan cahaya ialah.....
- 10. Kuantiti fizik yang akan berubah apabila satu gelombang mengalami pembelauan?
- 12. Apakah yang dimaksudkan dengan jarak? Jumlah panjang ________.
- 13. Faktor yang mempengaruhi daya memusat ialah ________ objek.
- 19. Apakah bentuk orbit sesebuah planet yang mengelilingi matahari?
