TEKA SILANG KATA I LOVE SEBERANG PERAI

123456789101112131415161718192021222324
Across
  1. 4. Pada tahun 1893, perkhidmatan feri Pulau Pinang dipelopori oleh ______
  2. 7. Ikea Batu Kawan siap dibina pada tahun ______
  3. 8. Pada abad ke-19, penanaman tebu telah memonopoli tanaman eksport namun pada abad ke-20 tanaman ______ telah mengambill alih sebahagian estet tebu tersebut.
  4. 9. Pada tahun 1830-an, Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama bagi Negeri-negeri ______ .
  5. 11. Taman Negeri ______ yang bersempadan dengan negeri Kedah terletak di daerah Seberang Perai Selatan.
  6. 12. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai ______ Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.
  7. 13. Outlet mall di Seberang Perai
  8. 15. Taman Kitar Semula pertama di Malaysia dan diiktiraf dalam The Malaysia Book of Records pada 28 Julai 2018.
  9. 17. Penerokaan bermula pada tahun 1850, Seberang Perai bertukar wajah dari kawasan hutan dan belukar kepada sebuah kawasan ______ .
  10. 18. Diisytiharkan sebagai destinasi pelancongan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya menjadi mercu tanda sebagai one-stop bagi automotif, makanan, hiburan, perbankan dan hub membeli-belah
  11. 21. Empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang yang mempunyai keluasan 3.9km persegi dan mampu menampung jumlah takungan air sebanyak 23.6 billion.
  12. 22. Majlis Bandaraya Seberang Perai adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Datuk Bandar selaku Ketua ______ .
  13. 23. Pada tahun 1800, Seberang Perai atau dikenali sebagai ______ berjaya diperoleh oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris melalui satu perjanjian dengan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II.
  14. 24. Salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama dalam Pelan Strategi Seberang Perai 2018 - 2022
Down
  1. 1. Tajuk bagi Projek The Light di Seberang Perai yang merupakan instalasi seni yang dibiayai oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Think City Sdn Bhd dengan kendalian Zart Eventive Enterprise.
  2. 2. Pada 16 ______ 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai secara rasminya diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai.
  3. 3. Beliau diikenali sebagai pengasas penempatan British di Pulau Pinang.
  4. 5. Singkatan bagi Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia
  5. 6. Batu Kawan dahulu dikenali sebagai ladang tebu iaitu ______ .
  6. 9. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengesahkan pokok ______ tertua di Malaysia terdapat di Pulau Aman.
  7. 10. Tanah Besar yang bertentangan dengan Tanjong Penaga dikenali sebagai ______ dan ia merupakan kawasan penempatan awal penduduk tempatan. ______ bermaksud jeti atau pengkalan untuk berlepas ke suatu tempat.
  8. 14. Pada tahun 1860, bukti pertama pra sejarah negara ditemui di ______ .
  9. 16. Transportation hub yang menghubungkan perkhidmatan bas, teksi, feri dan keretapi di Butterworth
  10. 19. Sungai Perai mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang membentuk ekosistem yang lengkap. Namakan sejenis mamalia yang terdapat di Sungai Perai.
  11. 20. Penang White Curry menduduki tempat pertama kategori mee segera berkuah dalam Majalah New York. Apakah jenama Penang White Curry tersebut?