PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA JOM UJI MINDA

1234567891011121314
Across
  1. 1. Kuasa luar pertama yang mula bertapak di Tanah Melayu dan memulakan era penjajahan di Melaka
  2. 5. Maksud bagi warna biru tua yang terdapat pada bendera Negara kita?
  3. 6. Gelaran yang diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia ke - 6, atas kejayaan beliau menerajui pelbagai agenda transformasi di Malaysia. Bapa ______
  4. 8. Nama kereta jenama Malaysia pertama, iaitu Proton yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1985.
  5. 11. Lagu ‘Negaraku’ berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu. Apakah tajuk lagu tersebut?
  6. 12. Pelabuhan terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di dunia dari segi bilangan kapal yang berlabuh setiap tahun
  7. 13. Bendera British telah diturunkan jam 12 malam pada 31 Ogos 1957. Di manakah peristiwa penurunan bendera tersebut berlaku?
  8. 14. Persatuan yang melibatkan negara-negara berdaulat yang memperoleh kemerdekaan oleh British atau pernah dijajah oleh pihak British
Down
  1. 2. Seorang tokoh yang pernah berjuang bersama-sama dengan Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela dalam menentang penjajah Inggeris.
  2. 3. Seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British dan beliau dihukum gantung kerana telah membunuh salah seorang Gabenor British di Sarawak
  3. 4. Bendera yang diturunkan semasa detik pengumuman kemerdekaan 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman
  4. 5. Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu. Apakah nama perjanjian tersebut?
  5. 6. Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
  6. 7. Tujuan pembinannya adalah untuk memperingati pejuang-pejuang yang gugur semasa mempertahankan negara kita
  7. 9. Perdana Menteri Malaysia ke-10
  8. 10. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga perpaduan dan setiap kelopaknya melambangkan pecahan prinsip Rukun Negara